Rabu, 21 September 2011

KUIZ BAHASA MELAYU-TAHUN 4

TATABAHASA - Simpulan Bahasa

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan.

  1. Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
    1.   buah mulut
    2.   buah hati
    3.   buah tangan
    4.   buah fikiran
  2. Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
    1.   mati kutu
    2.   mati lemas
    3.   mati katak
    4.   mati syahid
  3. Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
    1.   air muka
    2.   darah daging
    3.   gaji buta
    4.   titik peluh
  4. Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
    1.   gelap mata
    2.   mulut tempayan
    3.   kepala angin
    4.   cepat tangan
  5. Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
    1.   beralih akal
    2.   mencuci mata
    3.   mencari jalan
    4.   beralih angin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan